Alhamdulillah, akhirnya dua keluarga dipertemukan dengan izin Allah taala untuk berkenal-kenalan, merapatkan ukhuwah & silaturahim. Ana sgt2 bersyukur dengan pertemuan dua kluarga yg tak dirncang ini. Takdir Allah taala tiada siapa yg tahu. Inilah takdirNya. Mudah mudahn silaturahim antara kluarga ini tidk putus dek jarak yg jauh. InsyaAllah, amiinnn…
Feb 16, 2010
2nd HalaQah Al-FaLah
Bersyukurku pdMu Ya Allah dengan nikmat iman, Islam & akal juga brsyukur ats kepnjangan umur untuk brbakti di atas muka bumiMu ini ya Allah.
Alhamdulillah, 2nd halaQah yg dirncang & dkendalikn oleh akhi Haiqal pd 15 Feb lepas brjalan dengan lncar. Venue halaqah kli ni sma mcam yg 1st, ex-class kmi 5st. Wlaupun target untuk halaqah kli ini lbih rmai, ttpi mungkin krana mslah2 yg tak dpat dhindari shabat2 lain tidk dpat mnghdirkan diri. Halaqah kli ini sperti biasa dmulakn dengan al-Fatihah, sdkit intro tntg pntingnya ilmu & msuh org mu'min dr akhi Haiqal.
Seterusnya, ditruskan dgn pnubuhan organisasi & pnerangn objektif pnubuhan group. Mngikut undian, Amir group kami adalh akhi Haiqal sndiri & ikhwah yang mndpat undian trtinggi ialah saudari Farihah slaku Amirah group kami, saudara Hafiza dilantik sbagai Rais Lujnah Tarbiyah (Biro Kerohanian) & alhamdulillah ana dilntik sbgai Raisah. Untuk Lujnah Kebajikan, saudara Safwan dilntik sbagai Rais & saudari Syafiqa dilntik sbagai Raisah. Rais & Raisah untuk Lujnah Perhubungan Luar pula ialah saudara Muhd Hafiz Nasiran dan saudari Siti Nurfatehah.
Feb 11, 2010
Let'S BoYc0tt IsRaeL's Pr0duCt!!!

Maka, tepuk dada tanyalah iman...

Sama-samalah kita tegakkan kalimah Lailahaillah Muhammadarrasulullah di bumi Palestin tercinta ini...Allahu Akbar!!!
Untuk maklumat lanjut tentang barangan Yahudi, layari :
http://www.inminds.com/boycott-brands.html
Feb 9, 2010
Palestin=Al-Quds

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi.
Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: "Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku", kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon gharqad.
Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin'' (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.
Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:
Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra' dan Mi'raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.
Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.
Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas KerajaanYahudi itu.
Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.
Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: "Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini."
Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.
Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?
Jan 28, 2010
*AurAt WaNitA*

Jan 26, 2010
SafAr...
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html
Jan 25, 2010
NasiHat dari Dr FatHi YaKan..
Inilah pesanan penting beliau kepada generasi muda yang menampakkan pentingnya mereka menjadi pelapis perjuangan Islam. Jadi, sama-samalah kita menerima hakikat bahawa remaja zaman sekarang sangat teruk akhlaknya dan berusahalah kita untuk menjadi penggerak kerja dakwah dalam merubah umat Islam ke arah yang lebih baik. Jadikanlah pesanan khalilullah ini sebagai pegangn hidup untuk menjadi seorang remaja yang dicintai Allah sekali gus berbakti untuk agama. Namun, pemergiannya pada 13 Jun 2009 sangat memberi kesan dalam diri tiap umat Islam di seluruh dunia.
Sedikit sebanyak tentang Syeikh Fathi Yakan :

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).
Fakta lain:-
Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InsyaAllah.
Al- Fatihah...
Jan 21, 2010
PeSan dAri jaUh

Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.
Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”
Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.
Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.
“Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.
“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."
“Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.
Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.
Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.
“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.
* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*Wallahua’lam..
* Kisah Wali-wali Allah karya Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali
Jan 19, 2010
UkhUwah keRanA ALLAH
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian untuk tatapan hati ana...
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat juga ana luangkan masa menulis tinta dari hati...
Langkah perjalanan hidup ana sangat berbeza sejak berada di perantauan. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri ana. Kekadang ana terfikir mengapa ana ditakdirkan berada disini. Namun, ana bersyukur atas segalanya. Allah mentakdirkan kehidupan setiap hambanya berbeza-beza. Maka, hanya Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ini.
Disebalik ujian dan dugaan yang menimpa hidup ana, alhamdulillah Allah menganugerahkan ana sebuah keluarga yang cukup baik hati untuk ana. Walaupun perkenalan kami masih lagi singkat, namun kemesraan keluarga ini membuatkan ana cukup selesa. Ukhuwah yang terjalin dalam ikatan keluarga ini membuatkan ana terharu dan timbul rasa kasih sayang ana terhadap mereka kerana Allah. Ana menganggap keluarga ini seperti keluarga ana sendiri. Ku panjatkan seribu kesyukuran padaMu Ya Allah kerana dikurniakan keluarga ini, sedikit sebanyak terubat jua rindu ana pada keluarga tercinta ana di kampung halaman. Rahmatilah keluarga ini Ya Allah, semoga mereka sentiasa dalam cintaMu. Amiin....
Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari-Muslim)
Ku iringi tinta ini dengan Doa Rabitah : "Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk berdaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limapahan iman / keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."
Wallahua'lam..
Dec 31, 2009
Ada Apa Dengan Sambutan 'New Year'?
Alhamdulillah, dgn izinNya dpat juga ana luangkan sdikit masa untuk singgah di teratak ana ini..
Mudah-mudahan sedikit sebanyak masa ana terluang untuk aktiviti yang berfaedah..aamiin...
Perkongsian mesej dari sahabat ana dua hari lepas...
"PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM : Apbila tiba 31 Disember, brapa ramaikh yg b'sedia meraikn thun baru? Ttapi sedarkh mreka bhawa telah difatwakn oleh Sheikh al-Azhar, Sheikh al-Tantawi, Sheikh Yusuf al-Qardhawi & ulama'-ulama' kontemporari bhawa menymbut Tahun Baru b'erti menyambut ulangtahun tuhan Yahudi & Kristian. Bagi mereka yang tidak tahu, hkumnya FASIQ (dosa besar), tetapi bg mreka yg sudah tahu..hukumnya MURTAD..jadi fikir-fikirkanlah..!"
Wal'iyazubillah...jauhkan kami dari semua itu Ya Allah...
Bersempena sambutan 'New Year Day' yang bakal disambut 'meriah' dan 'gah' pada malam ini, ana terfikir sejenak..kenapa harus kita juga turut sama menyambut hari kebanggaan bagi Yahudi dan Kristian? Apa yang dapat ana lihat, segelintir masyarakat Melayu khususnya telah terlalu banyak terpengaruh dengan budaya Barat yang semakin menenggelamkan budaya Melayu sekali gus budaya Islam dalam diri mereka...
Ana akui media massa sekarang ini juga memainkan peranan yang 'kuat' dalam 'mendidik' masyarakat kita terpengaruh dengan budaya Barat..nyanyian, konsert dan hiburan yang terlampau juga menjadi salah satu faktor dalam menyalurkan budaya kuning ini dengan lebih cepat..maka tidak hairanlah terjadinya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, maksiat yang berleluasa, zina menjadi kebiasaan dan buang anak menjadi tabiat remaja Islam masa kini..
Siapakah yang harus dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Masyarakat? Media massa? Pemimpin? Atau individu itu sendiri? Maka,tepuk dada tanyalah iman...
Sudah hilangkah remaja Islam pada masa kini? Dimanakah remaja Islam yang akan mentadbir bumi dan menjadi khalifah penyambung perjuangan menegakkan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadarrasulullah' seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Salahuddin al-Ayubi dan junjungan kita Rasulullah SAW??
Luahan dari hati ana ini bukan sahaja untuk semua remaja-remaja Islam di luar sana tetapi juga untuk diri ana sendiri..sama-samalah kita doakan semoga kita sentiasa di atas jalanNya dan syahid di atas nama sebagai dai'e Islam..alhamdulillah, ana bersyukur..bersyukur kerana Allah masih mengizinkan ana untuk berada di atas jalanNya yang lurus..
Alhamdulillah Ya Allah, ana berpeluang untuk mengikuti halaqah al-Falah pada awal bulan ini...dengan adanya liqa' ini sedikit sebanyak menyedarkan ana dari mana ana datang, apa tujuannya ana hidup di dunia ini dan kepada siapa ana akan dikembalikan..hanya padaMu Ya Allah..ana juga syukur Allah meniupkan semangat untuk berjihad di atas nama Islam..ana sedar apa ertinya ana menganut Islam dan apa tanggungjawab ana sebagai seorang Muslim...ana juga bersyukur kerana ana didedahkan dengan Islam sebagai Ad-Deen, tarbiyah dan dakwah...sedikit sebanyak bertambah juga ilmu ana yang cetek ini...
Subhanallah...sejak akhir-akhir ini, ana merasakan hidup ana penuh bermakna...terasa diri ana sentiasa di bawah lembayung rahmatNya dan sentiasa di dalam cintaNya..terasa hidup ana penuh dengan misi dan visi..dan ana sedar seorang Muslim itu matlamat hidupnya di atas dunia ini hanyalah melaksanakan suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW, bagi mengembalikan martabat agama dan ummah agar beriman dengan jitu kepada yang Esa..hidup di dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat sana..di mana di sana nanti kita akan bertemu Allah SWT yakni Khaliq kita...
Allah berfirman dalam surah al-Ankabut, ayat 5 yang bermaksud :
"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah,maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
Wallahua'lam..
Dec 27, 2009
Aku Tinggalkan Dia Demi ALLAH

Dec 23, 2009
SAHABATKU~

Hadirmu penyeri dunia,
Tawamu penawar duka,
Sedihmu meruntun jiwa,
Nasihatmu penyembuh luka…
Sahabatku…
Kita bersama mengejar cinta Allah,
Selalu hanya rindukan Rasulullah,
Al-Quran dan As-Sunnah menjadi penyuluh,
Agar iman dihati sentiasa utuh…
Wahai Sahabat…
Tawamu tawaku jua,
Dukamu dukaku jua,
Ujian Allah ditempuh bersama,
Agar hidup diberkati di dunia…
Aduhai Sahabatku…
Hidup kita hanya kerana Allah,
Impian kita menjadi anak solehah,
Cita-cita kita mujahidah solehah,
Agar menjadi penghuni syurga al-Jannah…
Sahabatku Tersayang…
Hati ini merindukanmu,
Jiwa ini memanggil namamu,
Janganlah dikau lupakan daku,
Agar ukhuwah ini sentiasa bersatu…
Sahabatku Dunia Akhirat,
Pesananku janganlah lupakan Rabbi kita Allah,
Sentiasa berselawatlah ke atas junjungan kita Rasulullah,
Sirami ukhuwah kita dengan doa Rabitah,
Agar hubungan ini thabat hingga ke Rahmatullah…
~uhubbukum fillah~
Dec 17, 2009
SALAM MAAL HIJRAH
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat islam dan iman yang masih ada dalam diri kita ini. Bersyukur juga kerana dipanjangkan umur untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di atas muka bumiNya. Setahun telah berlalu, kini muncullah tahun baru yang bakal ditempuhi dengan berbagai lagi liku-liku kehidupan yang mungkin berbeza dari tahun sebelumnya. Dengan adanya tahun baru ini, maka wujudlah azam-azam baru.
Apakah azam anda tahun baru ini? Adakah tahun ini anda akan masih ditakuk lama? Adakah anda masih lagi ‘anda’? Tepuk dada tanyalah iman.
Tidak dinafikan, mungkin ada sesetengah kita sudah mencapai azamnya sepanjang tahun lepas tetapi bagaimana pula bagi sesiapa yang belum mencapainya? Masih ingin meneruskan azam-azam lama atau berimpikan azam yang baru? Setiap orang azamnya berbeza, hanya Allah yang mengetahui ‘destiny’ kita yang masih lagi jauh. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal, segalanya terserah padaNya..
Sedikit pekongsian. Seperti orang lain, ana juga ada azam sendiri. Alhamdulillah, ada yang dapat dicapaikan sepanjang tahun lepas tetapi ada juga yang tak dapat dilaksanakan. Sebagai hambaNya, ana hanya mampu merancang. Hanya Dialah penentu segala-galaNya. Terimalah hakikat tak semua rancangan yang dirancang akan berjalan lancar seperti yang kita rancangkan dan kita harapkan. Namun, tak salah untuk berazam. Better late than never.
Berazamlah anda!! Berazamlah wahai saudara seIslamku! Berazamlah untuk menjadi ‘anda’ yang baru! Berazamlah untuk menjadi ‘anda’ yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya!
"Ya Allah, di bulan Muharram yang baru ini tiba kepada kami, maka kami pohonkan kepadaMu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan dan pertolongan untuk mempertingkatkan amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu"
Sedikit bingkisan ini ana kongsikan bukan sahaja untuk semua, tetapi juga untuk muhasabah dan islah diri anda sendiri. Segala yang baik itu dari Allah taala, segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. Wallahua’lam.
Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H…
*Kullu Aam Wa Antum Bikhair*
~Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dec 15, 2009
Nukilan hatiKu~





