MaSa iBaRat peDang~

May 31, 2010

Mari SaMa2 d0akAn!!


Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian msg drpd shbat ana : 'Slm. Semua muslimin muslimat, ahli2 NGO & pndokong Jemaah Islam, mohon buat sebanyak mungkin solat hajat utk keselamatan n kejayaan Misi Kapal Laut LL4G (Life Line 4 Gaza). Dari Ketua Misi LL4G-Msia, Hj Noorazaman : Kami sdg berada di pengairan Gaza, dlm jam 4.30ptg (wktu Msia) kami akan brdepan dgn kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Msia & Indonesia diberi amanah unt mnjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangka komando Israel akan turun melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi trsebut. Pesana beliau lagi, beliau minta doa daripada kita semua.'

Subhanallah, betapa kuatnya semangat jihad saudara2 kita unt menyelamatkn Gaza. Namun, berita trkini hari ini cukup menyedihkn & menyayat hati. 10 syahid & 50 cedera dlm serangan Israel ke ats kapal LL4G. Rampasan kapal sudah pun berlaku, mengikut infosemuanya jatuh ke tgn Zionis Laknatullah. Ya Rabb!!! Turunkanlah tentera langitMu d saat sahabat2 kami dizalimi & perlukan prtolongnMu. Ameen.

Foto di atas ialah foto terkini Komando Israel sedang menyerang kapal LL4G.

Untuk maklumat lanjut, layari :
east-10-dead-as-israel-storms-ga-3cd7efd.html

Wallahua'lam...
Read rest of entry

May 29, 2010

Surat Adam untuk Hawa~

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...
Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Buat tatapan hati daku & juga akhawat yang dicintai~~~~
Read rest of entry

Feb 16, 2010

PertEmUan DuA kLuaRgA

Alhamdulillah, akhirnya dua keluarga dipertemukan dengan izin Allah taala untuk berkenal-kenalan, merapatkan ukhuwah & silaturahim. Ana sgt2 bersyukur dengan pertemuan dua kluarga yg tak dirncang ini. Takdir Allah taala tiada siapa yg tahu. Inilah takdirNya. Mudah mudahn silaturahim antara kluarga ini tidk putus dek jarak yg jauh. InsyaAllah, amiinnn…

Read rest of entry

2nd HalaQah Al-FaLah

Assalamualaikum wbt..

Bersyukurku pdMu Ya Allah dengan nikmat iman, Islam & akal juga brsyukur ats kepnjangan umur untuk brbakti di atas muka bumiMu ini ya Allah.

Alhamdulillah, 2nd halaQah yg dirncang & dkendalikn oleh akhi Haiqal pd 15 Feb lepas brjalan dengan lncar. Venue halaqah kli ni sma mcam yg 1st, ex-class kmi 5st. Wlaupun target untuk halaqah kli ini lbih rmai, ttpi mungkin krana mslah2 yg tak dpat dhindari shabat2 lain tidk dpat mnghdirkan diri. Halaqah kli ini sperti biasa dmulakn dengan al-Fatihah, sdkit intro tntg pntingnya ilmu & msuh org mu'min dr akhi Haiqal.

Seterusnya, ditruskan dgn pnubuhan organisasi & pnerangn objektif pnubuhan group. Mngikut undian, Amir group kami adalh akhi Haiqal sndiri & ikhwah yang mndpat undian trtinggi ialah saudari Farihah slaku Amirah group kami, saudara Hafiza dilantik sbagai Rais Lujnah Tarbiyah (Biro Kerohanian) & alhamdulillah ana dilntik sbgai Raisah. Untuk Lujnah Kebajikan, saudara Safwan dilntik sbagai Rais & saudari Syafiqa dilntik sbagai Raisah. Rais & Raisah untuk Lujnah Perhubungan Luar pula ialah saudara Muhd Hafiz Nasiran dan saudari Siti Nurfatehah.

Dlam halaqah kali ini, akhi Haiqal mnjelaskn apakah objektif diadakn Halaqah Islamiah ini. Objektif khususnya ialah Ukhuwah, Tarbiyah & Thaqafah. Dismping mwujudkan usrah (keluarga) Al-Falah, halaqah ini juga bertujuan untuk membntuk rohani, melatih diri berorganisasi & menambah pengetahuan yang lebih mendalam tentang Islam. InsyaAllah.

Antara aktiviti yg dicdangkn ialah usrah, rehlah(camping) & pnglibatan dlam HADAF ( Himpunan Anak Didik Al-Falah). Perjumpaan HI akan diadakan stiap cuti sem, insyaAllah.

Mudah-mudahan gr0up yang ditubuhkn ini dapat mlahirkn muslim yang cmerlang di dunia & akhirat. Ameeeenn.
Read rest of entry

Feb 11, 2010

Let'S BoYc0tt IsRaeL's Pr0duCt!!!

Salam Ukhuwah~
Tinta ini ana sediakan buat diri ana yang masih daif ini dan juga buat tatapan sahabat-sahabat sekalian...

Wahai sahabat-sahabatku....

Masihkah kita sedar saudara-saudara seIslam kita di Palestin masih bermandi darah? Rela bertarung nyawa untuk mempertahankan agama Allah & bumi Palestin tercinta?

Apa yang kita lihat di dunia pada hari ini, berita tntang peperangan di Palestin smakin pudar & luntur.. Namun, sedarkah kita hakikatnya saudara seIslam kita di sana masih dibelenggu kekejaman Yahudi laknatullah??? Jadi, apakah tindakan kita? Adakah kita hanya mampu mendiamkan diri, menggoyangkan kaki dan menutup mata?

Maka,bangkitlah!!!..Berusahalah untuk menjatuhkan Yahudi semampu kita..walaupun usaha kita nmpak kecil, namun itulah yang kita mampu lakukan...selagi nyawa di kandung badan, selagi bumi Palestin masih di tangan Yahudi laknatullah, slagi itulah kita tidak boleh mengalah..berjihadlah kita di jalan Allah..tidakkah kita mahu mendiami al-Jannah Firdausi bersama para-para syuhada' yang dicintai Allah? Tidakkah kita mahu menikmati berbagai-bagai ganjaran daripada Allah SWT di akhirat kelak? Tidakkah kita bercita-cita untuk mendiami istana di syurga bersama Rasulullah SAW? Maka, dari sinilah kita bermula...




Sedarkah kita, setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan Yahudi laknatullah, kita telah menyumbangkan bantuan kepada mereka? Sedarkah kita pelancaran bom2 nuklear dan peluru2 senapang untuk menyerang bumi Palestin adalah berpunca dari sumbangan kita sendiri? Sedarkah kita membantu Yahudi untuk menyerang saudara seagama kita sendiri? Sedarkah juga kita telah menjadi pembunuh kepada mereka yang mempertahankan agama kita sendiri? Mampukah kita menjawab di depan Allah SWT di akhirat nanti? Mampukah kita???

Maka, tepuk dada tanyalah iman...


Sama-samalah kita tegakkan kalimah Lailahaillah Muhammadarrasulullah di bumi Palestin tercinta ini...Allahu Akbar!!!

Untuk maklumat lanjut tentang barangan Yahudi, layari :
http://www.inminds.com/boycott-brands.html
Read rest of entry

Feb 9, 2010

Palestin=Al-Quds

~PeRs0aLan PaLeStiN~



Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi.

Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: "Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku", kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon gharqad.

Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin'' (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:

"Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka."

Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu. Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David.

Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis? Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra' dan Mi'raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis?

Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah dan kini di Gaza mereka membunuh dengan terang-terangan.Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak.

Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin diikuti rancangan menakluki Palestin. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore.

Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya: Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak'. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan.
Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam. Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestin di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra' dan Mi'raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.

Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.

Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas KerajaanYahudi itu.

Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: "Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini."

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.

Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?

"Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik." (Al-Maidah: 82)

Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain?

"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu."


Save PalEstiNe!!! AlLahu AkBar!!!
Read rest of entry

Jan 28, 2010

*AurAt WaNitA*


Aurat Wanita Dari Al-Quran dan Hadis

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian - "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)

5. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan - "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). - Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." ( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(An Nur : 31). - "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). - "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. - "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut - "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Read rest of entry

Jan 26, 2010

SafAr...

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''


Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html
Read rest of entry

Jan 25, 2010

NasiHat dari Dr FatHi YaKan..

Dr Fathi Yakan sangat menjiwa remaja-remaja sehingga pernah beliau merakamkan dalam tulisannya,
"Pemuda ialah satu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi hari ini orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat hari ini penuh sesak dengan pemuda tetapi pemuda-pemuda hanyalah kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh golongan kuffar, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya."

Inilah pesanan penting beliau kepada generasi muda yang menampakkan pentingnya mereka menjadi pelapis perjuangan Islam. Jadi, sama-samalah kita menerima hakikat bahawa remaja zaman sekarang sangat teruk akhlaknya dan berusahalah kita untuk menjadi penggerak kerja dakwah dalam merubah umat Islam ke arah yang lebih baik. Jadikanlah pesanan khalilullah ini sebagai pegangn hidup untuk menjadi seorang remaja yang dicintai Allah sekali gus berbakti untuk agama. Namun, pemergiannya pada 13 Jun 2009 sangat memberi kesan dalam diri tiap umat Islam di seluruh dunia.

Sedikit sebanyak tentang Syeikh Fathi Yakan :


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telah pun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-
Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Sekiranya sesiapa ingin membaca online atau men-download buku Apa Erti Saya Menganut Islam tersebut, boleh lawati link ini http://www.scribd.com/doc/3173772/Apa-Artinya-Saya-Menganut-Islam-Fathi-Yakan

Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InsyaAllah.

Al- Fatihah...
Read rest of entry

Jan 21, 2010

PeSan dAri jaUh

Pesan Dari Alam Barzakh





Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.

Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”

Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.

Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.

“Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.

“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."
“Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.

Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.

Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.

“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.

* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*

Wallahua’lam..

* Kisah Wali-wali Allah karya Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali
Read rest of entry

Jan 19, 2010

UkhUwah keRanA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian untuk tatapan hati ana...

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat juga ana luangkan masa menulis tinta dari hati...

Langkah perjalanan hidup ana sangat berbeza sejak berada di perantauan. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri ana. Kekadang ana terfikir mengapa ana ditakdirkan berada disini. Namun, ana bersyukur atas segalanya. Allah mentakdirkan kehidupan setiap hambanya berbeza-beza. Maka, hanya Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ini.

Disebalik ujian dan dugaan yang menimpa hidup ana, alhamdulillah Allah menganugerahkan ana sebuah keluarga yang cukup baik hati untuk ana. Walaupun perkenalan kami masih lagi singkat, namun kemesraan keluarga ini membuatkan ana cukup selesa. Ukhuwah yang terjalin dalam ikatan keluarga ini membuatkan ana terharu dan timbul rasa kasih sayang ana terhadap mereka kerana Allah. Ana menganggap keluarga ini seperti keluarga ana sendiri. Ku panjatkan seribu kesyukuran padaMu Ya Allah kerana dikurniakan keluarga ini, sedikit sebanyak terubat jua rindu ana pada keluarga tercinta ana di kampung halaman. Rahmatilah keluarga ini Ya Allah, semoga mereka sentiasa dalam cintaMu. Amiin....

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari-Muslim)

Ku iringi tinta ini dengan Doa Rabitah : "Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk berdaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limapahan iman / keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Wallahua'lam..
Read rest of entry
 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~