MaSa iBaRat peDang~

Dec 31, 2009

Ada Apa Dengan Sambutan 'New Year'?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dgn izinNya dpat juga ana luangkan sdikit masa untuk singgah di teratak ana ini..
Mudah-mudahan sedikit sebanyak masa ana terluang untuk aktiviti yang berfaedah..aamiin...

Perkongsian mesej dari sahabat ana dua hari lepas...
"PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM : Apbila tiba 31 Disember, brapa ramaikh yg b'sedia meraikn thun baru? Ttapi sedarkh mreka bhawa telah difatwakn oleh Sheikh al-Azhar, Sheikh al-Tantawi, Sheikh Yusuf al-Qardhawi & ulama'-ulama' kontemporari bhawa menymbut Tahun Baru b'erti menyambut ulangtahun tuhan Yahudi & Kristian. Bagi mereka yang tidak tahu, hkumnya FASIQ (dosa besar), tetapi bg mreka yg sudah tahu..hukumnya MURTAD..jadi fikir-fikirkanlah..!"

Wal'iyazubillah...jauhkan kami dari semua itu Ya Allah...

Bersempena sambutan 'New Year Day' yang bakal disambut 'meriah' dan 'gah' pada malam ini, ana terfikir sejenak..kenapa harus kita juga turut sama menyambut hari kebanggaan bagi Yahudi dan Kristian? Apa yang dapat ana lihat, segelintir masyarakat Melayu khususnya telah terlalu banyak terpengaruh dengan budaya Barat yang semakin menenggelamkan budaya Melayu sekali gus budaya Islam dalam diri mereka...

Ana akui media massa sekarang ini juga memainkan peranan yang 'kuat' dalam 'mendidik' masyarakat kita terpengaruh dengan budaya Barat..nyanyian, konsert dan hiburan yang terlampau juga menjadi salah satu faktor dalam menyalurkan budaya kuning ini dengan lebih cepat..maka tidak hairanlah terjadinya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, maksiat yang berleluasa, zina menjadi kebiasaan dan buang anak menjadi tabiat remaja Islam masa kini..

Siapakah yang harus dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Masyarakat? Media massa? Pemimpin? Atau individu itu sendiri? Maka,tepuk dada tanyalah iman...

Sudah hilangkah remaja Islam pada masa kini? Dimanakah remaja Islam yang akan mentadbir bumi dan menjadi khalifah penyambung perjuangan menegakkan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadarrasulullah' seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Salahuddin al-Ayubi dan junjungan kita Rasulullah SAW??

Luahan dari hati ana ini bukan sahaja untuk semua remaja-remaja Islam di luar sana tetapi juga untuk diri ana sendiri..sama-samalah kita doakan semoga kita sentiasa di atas jalanNya dan syahid di atas nama sebagai dai'e Islam..alhamdulillah, ana bersyukur..bersyukur kerana Allah masih mengizinkan ana untuk berada di atas jalanNya yang lurus..

Alhamdulillah Ya Allah, ana berpeluang untuk mengikuti halaqah al-Falah pada awal bulan ini...dengan adanya liqa' ini sedikit sebanyak menyedarkan ana dari mana ana datang, apa tujuannya ana hidup di dunia ini dan kepada siapa ana akan dikembalikan..hanya padaMu Ya Allah..ana juga syukur Allah meniupkan semangat untuk berjihad di atas nama Islam..ana sedar apa ertinya ana menganut Islam dan apa tanggungjawab ana sebagai seorang Muslim...ana juga bersyukur kerana ana didedahkan dengan Islam sebagai Ad-Deen, tarbiyah dan dakwah...sedikit sebanyak bertambah juga ilmu ana yang cetek ini...

Subhanallah...sejak akhir-akhir ini, ana merasakan hidup ana penuh bermakna...terasa diri ana sentiasa di bawah lembayung rahmatNya dan sentiasa di dalam cintaNya..terasa hidup ana penuh dengan misi dan visi..dan ana sedar seorang Muslim itu matlamat hidupnya di atas dunia ini hanyalah melaksanakan suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW, bagi mengembalikan martabat agama dan ummah agar beriman dengan jitu kepada yang Esa..hidup di dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat sana..di mana di sana nanti kita akan bertemu Allah SWT yakni Khaliq kita...

Allah berfirman dalam surah al-Ankabut, ayat 5 yang bermaksud :

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah,maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

Wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~