MaSa iBaRat peDang~

Dec 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat islam dan iman yang masih ada dalam diri kita ini. Bersyukur juga kerana dipanjangkan umur untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di atas muka bumiNya. Setahun telah berlalu, kini muncullah tahun baru yang bakal ditempuhi dengan berbagai lagi liku-liku kehidupan yang mungkin berbeza dari tahun sebelumnya. Dengan adanya tahun baru ini, maka wujudlah azam-azam baru.

Apakah azam anda tahun baru ini? Adakah tahun ini anda akan masih ditakuk lama? Adakah anda masih lagi ‘anda’? Tepuk dada tanyalah iman.

Tidak dinafikan, mungkin ada sesetengah kita sudah mencapai azamnya sepanjang tahun lepas tetapi bagaimana pula bagi sesiapa yang belum mencapainya? Masih ingin meneruskan azam-azam lama atau berimpikan azam yang baru? Setiap orang azamnya berbeza, hanya Allah yang mengetahui ‘destiny’ kita yang masih lagi jauh. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal, segalanya terserah padaNya..

Sedikit pekongsian. Seperti orang lain, ana juga ada azam sendiri. Alhamdulillah, ada yang dapat dicapaikan sepanjang tahun lepas tetapi ada juga yang tak dapat dilaksanakan. Sebagai hambaNya, ana hanya mampu merancang. Hanya Dialah penentu segala-galaNya. Terimalah hakikat tak semua rancangan yang dirancang akan berjalan lancar seperti yang kita rancangkan dan kita harapkan. Namun, tak salah untuk berazam. Better late than never.

Berazamlah anda!! Berazamlah wahai saudara seIslamku! Berazamlah untuk menjadi ‘anda’ yang baru! Berazamlah untuk menjadi ‘anda’ yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya!

"Ya Allah, di bulan Muharram yang baru ini tiba kepada kami, maka kami pohonkan kepadaMu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan dan pertolongan untuk mempertingkatkan amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu"


Sedikit bingkisan ini ana kongsikan bukan sahaja untuk semua, tetapi juga untuk muhasabah dan islah diri anda sendiri. Segala yang baik itu dari Allah taala, segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. Wallahua’lam.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1431H…

*Kullu Aam Wa Antum Bikhair*

~Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah~




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments:

Post a Comment

 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~