MaSa iBaRat peDang~

Jan 28, 2010

*AurAt WaNitA*


Aurat Wanita Dari Al-Quran dan Hadis

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian - "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)

5. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan - "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). - Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." ( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(An Nur : 31). - "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). - "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. - "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut - "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Read rest of entry

Jan 26, 2010

SafAr...

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''


Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html
Read rest of entry

Jan 25, 2010

NasiHat dari Dr FatHi YaKan..

Dr Fathi Yakan sangat menjiwa remaja-remaja sehingga pernah beliau merakamkan dalam tulisannya,
"Pemuda ialah satu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi hari ini orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat hari ini penuh sesak dengan pemuda tetapi pemuda-pemuda hanyalah kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh golongan kuffar, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya."

Inilah pesanan penting beliau kepada generasi muda yang menampakkan pentingnya mereka menjadi pelapis perjuangan Islam. Jadi, sama-samalah kita menerima hakikat bahawa remaja zaman sekarang sangat teruk akhlaknya dan berusahalah kita untuk menjadi penggerak kerja dakwah dalam merubah umat Islam ke arah yang lebih baik. Jadikanlah pesanan khalilullah ini sebagai pegangn hidup untuk menjadi seorang remaja yang dicintai Allah sekali gus berbakti untuk agama. Namun, pemergiannya pada 13 Jun 2009 sangat memberi kesan dalam diri tiap umat Islam di seluruh dunia.

Sedikit sebanyak tentang Syeikh Fathi Yakan :


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telah pun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-
Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Sekiranya sesiapa ingin membaca online atau men-download buku Apa Erti Saya Menganut Islam tersebut, boleh lawati link ini http://www.scribd.com/doc/3173772/Apa-Artinya-Saya-Menganut-Islam-Fathi-Yakan

Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InsyaAllah.

Al- Fatihah...
Read rest of entry

Jan 21, 2010

PeSan dAri jaUh

Pesan Dari Alam Barzakh





Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.

Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”

Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.

Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.

“Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.

“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."
“Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.

Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.

Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.

“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.

* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*

Wallahua’lam..

* Kisah Wali-wali Allah karya Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali
Read rest of entry

Jan 19, 2010

UkhUwah keRanA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian untuk tatapan hati ana...

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat juga ana luangkan masa menulis tinta dari hati...

Langkah perjalanan hidup ana sangat berbeza sejak berada di perantauan. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri ana. Kekadang ana terfikir mengapa ana ditakdirkan berada disini. Namun, ana bersyukur atas segalanya. Allah mentakdirkan kehidupan setiap hambanya berbeza-beza. Maka, hanya Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ini.

Disebalik ujian dan dugaan yang menimpa hidup ana, alhamdulillah Allah menganugerahkan ana sebuah keluarga yang cukup baik hati untuk ana. Walaupun perkenalan kami masih lagi singkat, namun kemesraan keluarga ini membuatkan ana cukup selesa. Ukhuwah yang terjalin dalam ikatan keluarga ini membuatkan ana terharu dan timbul rasa kasih sayang ana terhadap mereka kerana Allah. Ana menganggap keluarga ini seperti keluarga ana sendiri. Ku panjatkan seribu kesyukuran padaMu Ya Allah kerana dikurniakan keluarga ini, sedikit sebanyak terubat jua rindu ana pada keluarga tercinta ana di kampung halaman. Rahmatilah keluarga ini Ya Allah, semoga mereka sentiasa dalam cintaMu. Amiin....

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari-Muslim)

Ku iringi tinta ini dengan Doa Rabitah : "Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk berdaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limapahan iman / keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Wallahua'lam..
Read rest of entry
 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~