MaSa iBaRat peDang~

Showing posts with label TatApan hAti. Show all posts
Showing posts with label TatApan hAti. Show all posts

Feb 16, 2010

PertEmUan DuA kLuaRgA

Alhamdulillah, akhirnya dua keluarga dipertemukan dengan izin Allah taala untuk berkenal-kenalan, merapatkan ukhuwah & silaturahim. Ana sgt2 bersyukur dengan pertemuan dua kluarga yg tak dirncang ini. Takdir Allah taala tiada siapa yg tahu. Inilah takdirNya. Mudah mudahn silaturahim antara kluarga ini tidk putus dek jarak yg jauh. InsyaAllah, amiinnn…

Read rest of entry

2nd HalaQah Al-FaLah

Assalamualaikum wbt..

Bersyukurku pdMu Ya Allah dengan nikmat iman, Islam & akal juga brsyukur ats kepnjangan umur untuk brbakti di atas muka bumiMu ini ya Allah.

Alhamdulillah, 2nd halaQah yg dirncang & dkendalikn oleh akhi Haiqal pd 15 Feb lepas brjalan dengan lncar. Venue halaqah kli ni sma mcam yg 1st, ex-class kmi 5st. Wlaupun target untuk halaqah kli ini lbih rmai, ttpi mungkin krana mslah2 yg tak dpat dhindari shabat2 lain tidk dpat mnghdirkan diri. Halaqah kli ini sperti biasa dmulakn dengan al-Fatihah, sdkit intro tntg pntingnya ilmu & msuh org mu'min dr akhi Haiqal.

Seterusnya, ditruskan dgn pnubuhan organisasi & pnerangn objektif pnubuhan group. Mngikut undian, Amir group kami adalh akhi Haiqal sndiri & ikhwah yang mndpat undian trtinggi ialah saudari Farihah slaku Amirah group kami, saudara Hafiza dilantik sbagai Rais Lujnah Tarbiyah (Biro Kerohanian) & alhamdulillah ana dilntik sbgai Raisah. Untuk Lujnah Kebajikan, saudara Safwan dilntik sbagai Rais & saudari Syafiqa dilntik sbagai Raisah. Rais & Raisah untuk Lujnah Perhubungan Luar pula ialah saudara Muhd Hafiz Nasiran dan saudari Siti Nurfatehah.

Dlam halaqah kali ini, akhi Haiqal mnjelaskn apakah objektif diadakn Halaqah Islamiah ini. Objektif khususnya ialah Ukhuwah, Tarbiyah & Thaqafah. Dismping mwujudkan usrah (keluarga) Al-Falah, halaqah ini juga bertujuan untuk membntuk rohani, melatih diri berorganisasi & menambah pengetahuan yang lebih mendalam tentang Islam. InsyaAllah.

Antara aktiviti yg dicdangkn ialah usrah, rehlah(camping) & pnglibatan dlam HADAF ( Himpunan Anak Didik Al-Falah). Perjumpaan HI akan diadakan stiap cuti sem, insyaAllah.

Mudah-mudahan gr0up yang ditubuhkn ini dapat mlahirkn muslim yang cmerlang di dunia & akhirat. Ameeeenn.
Read rest of entry

Jan 19, 2010

UkhUwah keRanA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian untuk tatapan hati ana...

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat juga ana luangkan masa menulis tinta dari hati...

Langkah perjalanan hidup ana sangat berbeza sejak berada di perantauan. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri ana. Kekadang ana terfikir mengapa ana ditakdirkan berada disini. Namun, ana bersyukur atas segalanya. Allah mentakdirkan kehidupan setiap hambanya berbeza-beza. Maka, hanya Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik semua ini.

Disebalik ujian dan dugaan yang menimpa hidup ana, alhamdulillah Allah menganugerahkan ana sebuah keluarga yang cukup baik hati untuk ana. Walaupun perkenalan kami masih lagi singkat, namun kemesraan keluarga ini membuatkan ana cukup selesa. Ukhuwah yang terjalin dalam ikatan keluarga ini membuatkan ana terharu dan timbul rasa kasih sayang ana terhadap mereka kerana Allah. Ana menganggap keluarga ini seperti keluarga ana sendiri. Ku panjatkan seribu kesyukuran padaMu Ya Allah kerana dikurniakan keluarga ini, sedikit sebanyak terubat jua rindu ana pada keluarga tercinta ana di kampung halaman. Rahmatilah keluarga ini Ya Allah, semoga mereka sentiasa dalam cintaMu. Amiin....

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari-Muslim)

Ku iringi tinta ini dengan Doa Rabitah : "Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk berdaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limapahan iman / keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini."

Wallahua'lam..
Read rest of entry

Dec 15, 2009

Nukilan hatiKu~


Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...
~Izinkan ana meluahkan sedikit kata-kata dari hati untuk dijadikan perkongsian sejarah hidup diri ini~

Alhamdulillah, dengan izinMu Ya Allah dapat juga aku hasilkan blog sebagai tempat luahan isi hati, santapan minda dan rohani dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik jua dalam menjalani liku-liku kehidupan akhir zaman ini yang penuh rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi...

Syukurku padaMu Ya Allah di atas nikmatMu yang tidak berbalas, tidak terhingga dan tiada tandingnya..
Syukurku di atas dugaan dan ujian hidup yang merupakan tarbiyah langsung dariMu juga sebagai bukti kasih sayangMu kepadaku..
Syukurku di atas takdir hidupku yang ditentukan olehMu kerana ku tahu Engkau Maha Mengetahui apakah hikmah di sebalik semua itu..
Syukurku di atas kurniaan islam, iman, cinta jua kasih sayang dariMu dalam mencapai cita-citaku iaitu SYAHID dan SYURGA..


"Ampunkan aku Ya Allah, jika dalam hidup sehari-hariku aku telah melupakanMu...

Ingatlah aku Ya Allah, dalam mematuhi arahanMu dan menjauhi laranganMu..

Kurniakan aku Ya Allah, cinta dan kasih sayangMu agar hatiku tidak berpaling kepada manusia yang tidak berhak menerimanya..

Bantulah aku Ya Allah, dalam mengharungi ujian-ujian hidup agar aku sabar dan redha dalam menghadapinya..

Jadikan aku Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang solihin juga salah seorang ahli Jannah FirdausMu walaupun ku tahu diriku tidak layak untuk itu..."

Wallahua'lam...

*Jadilah seorang hamba yang bersyukur*

~MiftaHul RauDhah~
Read rest of entry
 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~