MaSa iBaRat peDang~

Jan 25, 2010

NasiHat dari Dr FatHi YaKan..

Dr Fathi Yakan sangat menjiwa remaja-remaja sehingga pernah beliau merakamkan dalam tulisannya,
"Pemuda ialah satu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi hari ini orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat hari ini penuh sesak dengan pemuda tetapi pemuda-pemuda hanyalah kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh golongan kuffar, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya."

Inilah pesanan penting beliau kepada generasi muda yang menampakkan pentingnya mereka menjadi pelapis perjuangan Islam. Jadi, sama-samalah kita menerima hakikat bahawa remaja zaman sekarang sangat teruk akhlaknya dan berusahalah kita untuk menjadi penggerak kerja dakwah dalam merubah umat Islam ke arah yang lebih baik. Jadikanlah pesanan khalilullah ini sebagai pegangn hidup untuk menjadi seorang remaja yang dicintai Allah sekali gus berbakti untuk agama. Namun, pemergiannya pada 13 Jun 2009 sangat memberi kesan dalam diri tiap umat Islam di seluruh dunia.

Sedikit sebanyak tentang Syeikh Fathi Yakan :


Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telah pun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-
Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Sekiranya sesiapa ingin membaca online atau men-download buku Apa Erti Saya Menganut Islam tersebut, boleh lawati link ini http://www.scribd.com/doc/3173772/Apa-Artinya-Saya-Menganut-Islam-Fathi-Yakan

Semoga peninggalan buku-bukunya serta semangatnya membenihkan dalam jiwa generasi umat Islam sekarang agar menyambung perjuangannya, menggantikannya sebagai ulama’ di masa akan datang. InsyaAllah.

Al- Fatihah...

0 comments:

Post a Comment

 

~JaLinkan UkhuWah~

My Blog List

~MisS pAlestiNe~

~MisS pAlestiNe~